MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS DAERAH RANAU SESI 2023-2025 [2023-06-19]


Majlis Angkat Sumpah Ahli Ahli Majlis Daerah Ranau Sesi 2023-2025 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri / Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah (KKTP) Merangkap ADUN N.36 Kundasang. Turut Hadir YBhg. Tuan Jupirin Hj. Ruhimin mewakili YB Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Bin Manjun Menteri Kewangan Sabah Merangkap ADUN N.37 Karanaan, YB Datuk Isnin Hj. Aliasnih @ Liasnih Pembantu Menteri I KKTP, YB Datuk Haji Mohd Hamsan Bin Awang Supain, Pembantu Menteri II KKTP, YB Datuk Jonathan Yasin Ahli Parlimen P.179 Ranau, YB Datuk Abidin Madingkir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N.38 Paginatan, YBhg. Datuk Jamili Nais SUT KKTP, YBhg. Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau Merangkap Pengerusi Majlis Daerah Ranau, YBrs. Tuan Stanley Chong TSUT I KKTP, YBrs. Puan Faridah Giau TSUT II KKTP, YBrs. Tuan Elmer Endra M. Sator Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau serta ketua-ketua Jabatan yang terlibat. Dalam majlis tersebut seramai 17 Orang Ahli Majlis Daerah Ranau Sesi 2023-2025 telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah seterusnya menandatangani akuan sumpah di hadapan Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani.